Subscribe
Add to Technorati Favourites
Add to del.icio.us




Sabtu, 25 Februari 2012

 Dah alang-alang keluar lunch, pergilah buat gambar passport sekali. Cadangnya nak buat di kedai gambar yang biasa buat bersebelahan dengan Metro Kajang, sederet dengan Czip Lee. Malangnya bila sampai, kedai tu dah bertukar menjadi kedai handphone. Tiba-tiba jadi ‘blur’.Tengoklah sekeliling mana-mana kedai gambar lain yang berdekatan. Ternampak satu kedai gambar sederet dengan CIMB. Tengok dari luar kedai tu macam dah lama beroperasi (sebab signboard jenis zaman dahulu kala). Masuk dalam kedai, terus beritahu nak buat gambar passport. Kami di arah masuk dalam studio. Dua minit menunggu, photographer masuk bertanya dalam pelat-pelat cina.

Photographer:  Mau amik gambar apa?
Saya: Gambar untuk visa.
Photographer:  Negara mana punye?
Saya: Finland.
Photographer:  England.
Saya: Bukan... Finland.
Photographer: Pin lan? Apa?
Saya: Finland!
Photographer:  Saya tak pernah dengarlah itu negara.

                Saya dah agak masalah macam ini mesti berlaku, jadi dah bersedia bawa guideline untuk gambar visa. Saya pun tunjukkan guideline itu pada dia. Masalahnya saya print dalam black & white sebab printer color dah habis ink, susah sikit nak beritahu background color. Lepas dia ambil guideline, dia terus keluar tunjuk pada ‘tokey’ kedai. Saya pun ikut keluar. Tokey bertanya pada saya,” Macam mana mau eja itu negara Pinlan?” Saya hampir nak tergelak bila dia sebut nama negara tu. Saya betulkan, “Finland, ejaan macam ni F.I.N.L.A.N.D”. Dah macam mengajar budak baru belajar mengeja pula. Saya beritahu background color tu warna kelabu dan minta dia check di internet. Lepas itu dia terus bawa guideline di depan computer dan kami disuruh masuk studio untuk ambil gambar dengan background putih dahulu.
                Selepas selesai, kami pun tunggu di luar. Saya ternampak ada computer untuk kegunaan pelanggan. Saya pun bertanya, “Komputer ni ada internet?”. Bila dia kata ada, saya terus buka website guideline dan tunjuk warna background pada photographer. Sementara saya sedang menunggu website loading, saya ternampak tokey dan pembantunya berbincang dalam bahasa cina di depan computer lain sambil memegang pembaris. Saya agak, mereka sedang berbincang tentang saiz gambar untuk gambar kami. Kami menunggu agak lama, perut pun dah lapar sebab masih tak sempat pergi lunch lagi. Saya pun bertanya pada photographer,” Lama lagi ke? Kalau lama saya nak pergi makan dulu.” Saya nampak photographer sedang edit gambar menggunakan Adobe Photoshop dan tokey masih lagi dengan pembarisnya. Dia jawap,” Ok akak pergi makan dulu, solilah ini pertama kali buat gambar untuk itu negara.”
                Kami ke Kyros Kebab di Metro Kajang untuk makan. Sedang saya beratur, tiba-tiba ada seorang makcik berbangsa cina dengan biadap telah memotong barisan. Dengan nada kuat, dia bercakap pada cashier sambil tunjuk gambar “ Ini apa?”. Dengan isyarat tangan dia panggil cashier tu keluar sambil tunjuk gambar lain dan bertanya “Ini apa?”. Lepas order, dia terus duduk tanpa bayar sampailah cashier tu panggil dia suruh bayar. Agak lama saya menunggu untuk sampai giliran saya. Sambil saya order dan bayar, saya perasan makcik tadi duduk betul-betul berdepan dengan cashier sambil bercakap dalam handphone dalam bahasa cina dengan kuat. Kedai yang kecil itu menjadi riuh dan kecoh dengan suara makcik itu sahaja. Nasiblah meja kami jauh selang dalam 5 meja, itupun masih boleh dengar suara dia.
                Tidak lama lepas itu makanan kami pun sampai. Sambil menikmati makanan, tiba-tiba saya terdengar suara makcik tadi agak kuat dari sebelumnya yang memang dah kuat. Dia melambai-lambai pada cashier sambil buat isyarat tangan menunjuk pada kedai dan membuat bulatan besar sambil bertanya” Ini apa?”. Saya dengar cashier tu menjawap dengan kuat, “Kyros Kebab!”.  Makcik tadi masih lagi berbual dalam handphone dengan kuat dalam bahasa cina. Sedari tadi saya perasan perkataan yang saya dengar cuma “Ini apa?”. Saya terasa pelik, saya agak makcik ni mesti bukan orang Malaysia. Mungkin pelancong, sebab itu perkataan yang dia tahu cuma “Ini apa?”. Sudahlah memotong barisan, bercakap dengan kuat lagi. Memang tiada adab.
                Selepas makan, kami berjalan-jalan dalam Metro Kajang untuk mencari beberapa keperluan untuk ke Finland. Selepas lebih kurang 2 jam, kami pun menuju ke kedai gambar tadi dengan harapan gambar dah siap. Bila sampai, gambar masih belum siap. Saya nampak photographer masih dengan Adobe Photoshopnya, dan tokey masih lagi dengan pembarisnya bersama berkeping-keping gambar yang dah print. Saya agak, dia masih buat adjustment dengan gambar yang dah print. Kami menunggu dalam 10 minit barulah gambar siap. Dia minta maaf sebab ambil masa lama. Kata tokey,” You first customer mau buat gambar visa negara Finland, jadi lambat mau ukur-ukur.” Jumlah bayaran untuk 16 keping gambar visa dan 8 keping gambar passport RM60.00. Saya minta resit supaya senang untuk claim dengan company hubby nanti. Lega akhirnya siap juga. Walaupun servis ada kekurangan. Tapi bila difikirkan, kalau ke kedai lain pun, benda yang sama akan berulang. Mesti kedai itu tak tahu negara Finland atau silap-silap kedai itu tak mahu buat pun. Jadi lepas ini, pada sesiapa nak ke Finland bolehlah ke kedai gambar yang kami pergi sebab dah ada record di sana.

Tips mengambil gambar visa atau passport luar negara:

  1.  Cari kedai gambar yang biasa membuat gambar visa atau passport luar negara.
  2. Bawa contoh atau guideline mengenai ukuran gambar dan background color.
  3. Bawa link website yang ada contoh atau guideline.
  4. Berikan masa sehari kepada kedai untuk print supaya tidak perlu menunggu lama.

Tips tambahan:

  •  Bawa map dunia.

Download guidelines in pdf format file here:
http://poliisi.fi/poliisi/home.nsf/files/Passikuvaohje_07-02-2007_EN/$file/Passikuvaohje_07-02-2007_EN.pdf

Thank you for reading :)

0 comments: